Basikal

ByWAN MD HATTA

Basikal

Basikal

Mengendalikan sesuatu perniagaan adalah seperti mengayuh basikal. Anda boleh mengayuh laju atau perlahan. Apa yang penting ialah untuk sampai ke destinasi yang dituju. Tetapi walau apapun yang anda lakukan, jangan berhenti, sebaik sahaja anda berhenti anda pasti akan terjatuh

Begitulah perumpamaan dalam mengendalikan satu-satu perniagaan. Fakta yang paling penting yang perlu diambil kira ialah mencapai matlamat. Ramai ahli perniagaan yang berjaya mempunyai matlamat sendiri dan mereka berusaha keras untuk berjaya anda haruslan mempunyai matlamat dan wawasan. Tetapkanlah matlamat anda dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat ini.

Tanya diri anda tiga soalan penting ini:-

  1. Apakah perkara yang paling penting yang anda ingin capai dalam hidup ini?
  2. Apakah yang paling bermakna sekali dalam hidup anda?
  3. Adakah anda ingin dikenali dan apakah yang ingin anda lakukan?

Kebanyakan tokoh perniagaan yang berjaya membahagikan matlamat mereka kepada 2 peringkat. Matlamat jangka panjang dan matlamat jangka pendek

Bahagikannya kepada matlamat tiga bulan, setiap bulan dan mingguan.

Manafaatkanlah masa anda anda dengan bijaksana.

Ramai dari kita mengatakan bahawa setiap perkara bergantung kepada penjagaan dan pengendalian masa. Sebenarnya ia tiada kena-mengena dengan penjagaan dan pengendalian masa.

Masa tidak boleh dijaga ataupun dikendalikan. Kita hanya mampu untuk menjaga dan mengendalikan diri sendiri menurut masa

Oleh itu, bekerjalah secara sistematik dan gunakanlah sepenuhnya masa anda. Janganlah dihabiskan masa dengan sesuatu yang tidak mendatangkan apa-apa faedah.

Sesudah anda berjaya merancang semuanya, bekerjalah sungguh-sungguh kearah menjayakan matlamat anda.

Setiap pekerjaan yang anda lakukan haruslah dilihat dari sudut kejayaannya dan bukannya sekadar aktiviti. Adakalanya kita terlalu menitik beratkan tentang aktiviti sedangkan hasilnya masih lagi negetif.

Ingat! Kejayaan anda bergantung pada diri anda sendiri.  Janganlah terlalu memaksa diri anda untuk menjayakan matlamat anda.

“Buatlah mengikut kadar kemampuan anda”

About the author

WAN MD HATTA administrator

Insuran Agent

Leave a Reply