Modal Bagi Agen Takaful

ByWAN MD HATTA

Modal Bagi Agen Takaful

Modal Bagi Agen Takaful

Nama adalah merupakan modal yan penting bagi setiap agen takaful. Seorang agen yang ingin menjual polisi takaful perlu berjumpa dengan pelanggan baru setiap hari. Mereka perlu berhubung dengan orang ramai yang sanggup memperkenalkan mereka kepada kawan-kawannya.

Dalam perniagaan ini, kita namakan sebagai prospek. Bagi agen yang berjaya, mencari pelanggan baru  merupakan satu perkara yang mudah tetapi di kalangan agen-agen yang baru mereka dapati sukar untuk mencarinya. Terdapat beberapa cara dalam mencari pelanggan baru.

Cara yang terbaik adalah melalui pelanggan yang sedia ada iaitu mereka memperkenalkan kawan-kawan mereka kepada anda.  Mendapatkan pelanggan baru daripada pelanggan yang sedia ada adalah mudah bagi agen yang Berjaya.

Selepas mendapat layanan yang baik daripada anda, pelanggan anda tidak akan teragak-agak untuk memperkenalkan kenalan mereka kepada anda, malah inilah cara yang terbaik bagi anda untuk mendapat pelanggan baru. Pelanggan baru akan merasa lebih yakin untuk berurusan dengan anda kerana anda telah diperkenalkan oleh teman rapat mereka sendiri.

Satu lagi cara untuk  mendapatakan pelanggan baru adalah melalui memperkenalkan beberapa pelanggan dan rakan anda kepada golongan professional seperti doctor, peguam dan seterusnya apabila diperlukan oleh pelanggan. Selepas menerima pelanggan daripada anda, mereka akan memperkenalkan pelanggan dan kenalan mereka pula kepada anda.

About the author

WAN MD HATTA administrator

Insuran Agent

1 Comment so far

Fredrick MariscalPosted on8:03 am - Aug 7, 2012

Within Hindu mythology along with thinking, Goddess Laxmi may be known because the supreme deity regarding prosperity, abundance, along with bundle of money. It truly is assumed that will whosoever worships Goddess Laxmi together with unique opinion

Leave a Reply