Mengapa Pelanggan Membeli?

ByWAN MD HATTA

Mengapa Pelanggan Membeli?

Berfikir sejenak. Cari jawapan kepada persoalan dibawah:

“Mengapa pelanggan memilih produk ataupun perkhidmatan anda sedangkan mereka memperolehi produk ataupun perkhidmatan yang sama memlui pesaing anda?”

Jawapan kepada persoalan ini tidaklah begitu sukar. Pelanggan membeli kerana adanya perbezaan produk ataupun perkhidmatan dan bukan membeli atas dasar persamaan.  Pelanggan melihat perbezaan dari segi harga, kualiti dan manfaat. Dengan meneliti perbezaan ini, pelanggan memilih produk yang memberi kelebihan ataupun yang memberikan nilai tambah kepada mereka. Dalam erti kata lain, pelanggan membeli produk anda yang dapat menawarkan perbezaan berbanding produk pesaing anda.

Walaupun begitu, ada faktor-faktor lain yang menyebabkan mengapa pelanggan membeli iaitu:

  1. Keperluan
  2. Keinginan
  3. Idaman
  4. Perlindungan

Perlindungan juga dapat mendorong pelanggan membeli sesuatu prosuk ataupun perkhidmatan. Ini kerana, keselamatan dapat menjadi penentu kejayaan ataupun kesejahteraan seseorang dan juga mengelakkan manusi ditimpa risiko yang tidak disangka. Contoh yang jelas adalah perlindungan takaful kemalangan. Dengan memnjadi peserta perlindungan ini, peserta akan rasa selamat dan terlindung apabila ditimpa musibah.

5.   Kasih Sayang

Apa yang Pelanggan mahu daripada Agen.

Apakah cara menjadi agen yang berjaya? Bagi mendapatkan jawapan ini, anda perlu bertanya kepada pelanggan kerana pelangganlah yang mengetahuinya. Pelik bukan? Tetapi itulah realiti.

Dengar, kemudian pelajari sesuatu

Pelanggan mahi anda mendengar dan memahimi maslah mereka. Mereka mahu anda meluangkan masa mengadakan perancangan dan perbincangan serta mempunyai maklumat asas berkenaan organisasi ataupun perniagaan mereka sebelum anda memulakan tugas jualan. namun demikian, keadaan sebenar tidak begitu. Kita dapati jurujual lebih banyak bercakap daripada mendenganr dan kurang mempelajari sesuatu berkenaan pelanggan mereka.

Mempunyai pengetahuan luas

Anda bukan hanya perlu mempunyai pengetahuan luas berkenaan produk ataupun perkhidmatan yang dijual, tetapi juga mempunyai pengetahuan berkenaan organisasi dan persekitaran pelanggan. Ini kerana pelanggan bukan sahaja mengharapkan anda menjual tetapi juga membantu mereka menyelesaikan masalah mereka melalui belian produk ataupun perkhidmatan anda.

Membina hubungan yang kukuh dengan pelanggan

Pelanggan rasa lebih yakin dengan anda apabila anda dapat menjalinkan hubungan yang kukuh dan berpanjangan dengan mereka. Ini kerana mereka menganggap anda dapat membantu mereka menyelesaikan masalah, bukan hanya mendapatkan komisen jualan dan pergi begitu sahaja selepas jualan berhasil.

Palanggan inginkan anda menepati janji

Pelanggan ingin rasa dihormati

Bertindak balas dengan cepat

Fokus dalam menyelesaikan masalah

Pelanggan mahukan agen yang fleksibel dan kreatif.

About the author

WAN MD HATTA administrator

Insuran Agent

1 Comment so far

Alexander7Posted on2:41 am - Jul 23, 2011

Need cheap generic LEVITRA?…

Leave a Reply