Rider Simpanan

ByWAN MD HATTA

Rider Simpanan

IKHLAS Individual Medical Secure Takaful Rider

Pelan rider ini boleh disertakan dengan pelan keluarga individu dengan Sumbangan Takaful berkala. Pelan rider ini menyediakan perlindungan perubatan menyeluruh, dengan membayar semula kepada Peserta Takaful, terhadap perbelanjaan perubatan yang tertanggung yang disebabkan oleh kemasukan ke hospital, pembedahan, atau rawatan perubatan pesakit luar seperti yang dinyatakan di dalam Jadual Manfaat.

Peserta Takaful boleh memilih untuk menyertai di antara sepuluh (10) pelan dengan tahap manfaat-manfaat dan Sumbangan Takaful yang berbeza, yang disediakan di bawah pelan rider ini. Peserta-peserta Takaful mempunyai pilihan untuk menyertai pelan tanpa tunai yang membolehkan kemasukan ke hospital tanpa kesulitan dengan kad perubatan bagi memenuhi perlindungan bersesuaian dengan bajet Peserta Takaful.

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

 

IKHLAS Term Secure Takaful Rider

Pelan sampingan ini memberi perlindungan ke atas kematian dan Keilatan Kekal dan Menyeluruh (TPD) kepada Orang yang Dilindungi* sepanjang tempoh Sijil Takaful berkuatkuasa.

* Orang yang Dilindungi merujuk kepada Peserta Takaful dan/ atau Pembayar yang menyertai ‘IKHLAS Term Secure Takaful Rider’.

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

IKHLAS Regular Top Up Secure Takaful Rider

Pelan tambahan adalah sebagai kemudahan untuk Sumbangan Takaful tambahan yang mana Sumbangan Takaful tambahan tersebut akan berfungsi sama seperti akaun simpanan di bank dalam masa tempoh Sijil Takaful.

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

 

IKHLAS Accidental Death & Disability Secure Takaful Rider

Pelan tambahan ini memberi perlindungan kepada Peserta Takaful ke atas kematian, Keilatan Kekal dan Menyeluruh (TPD) ataupun Keilatan Separa Kekal (PPD) akibat kemalangan sepanjang tempoh Sijil Takaful.

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

 

IKHLAS Family Income Secure Takaful Rider

Pelan rider ini menyediakan manfaat pendapatan bulanan kepada Peserta Takaful atau waris Peserta Takaful sepanjang baki tempoh Sijil Takaful sekiranya berlaku kematian atau Keilatan Kekal dan Menyeluruh (TPD) atau Peserta Takaful telah disahkan mengidap sebarang penyakit kritikal (seperti dinyatakan di dalam Sijil Takaful) sebelum tempoh matang Sijil Takaful.

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

 

IKHLAS Critical Illness Secure Takaful Rider

Pelan rider ini memberi perlindungan kepada Orang yang Dilindungi* terhadap mana-mana penyakit kritikal seperti yang ditakrifkan di dalam Sijil Takaful, sepanjang tempoh Sijil Takaful.

*Orang yang Dilindungi merujuk kepada Peserta Takaful dan/atau Pembayar yang menyertai ” IKHLAS Critical Illness Rider Takaful Plus”.

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

 

IKHLAS Hospital Benefit Secure Takaful Rider

Pelan rider ini menyediakan bayaran tunai harian kepada Peserta Takaful jika dimasukkan ke hospital disebabkan oleh penyakit atau kecederaan akibat kemalangan.

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

 

IKHLAS Waiver of Contribution Secure Takaful Rider

Pelan rider ini akan mengecualikan semua Sumbangan Takaful yang perlu dibayar di masa akan datang (termasuk semua pelan rider yang disertakan, kecuali pelan rider penyakit kritikal) sekiranya Peserta Takaful disahkan menghidap salah satu daripada (seperti yang dinyatakan di dalam Sijil Takaful).

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

 

IKHLAS Payor Savings Secure Takaful Rider

Pelan rider ini akan mengecualikan semua Sumbangan Takaful yang perlu dibayar di masa akan datang (termasuk pelan rider yang disertakan) sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini kepada Pembayar seperti kematian atau Keilatan Kekal dan Menyeluruh (TPD) atau telah disahkan menghidap sebarang penyakit kritikal (seperti dinyatakan di dalam Sijil Takaful) sebelum tempoh matang Sijil Takaful.

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

 

IKHLAS Comprehensive Personal Accident Secure Takaful Rider

Pelan tambahan ini memberi perlindungan yang komprehensif ke atas Kematian, Keilatan Kekal dan Menyeluruh (TPD), Keilatan Separa dan Kekal (PPD), Keilatan Sementara dan Menyeluruh (TTD), dan Keilatan Sementara dan Separa (PTD) yang disebabkan secara langsung oleh kemalangan sepanjang tempoh Sijil Takaful ini.Tambahan kepada perlindungan yang diberikan, Peserta Takaful juga berhak mendapat Pembayaran Balik Perbelanjaan Perubatan Pembedahan (MSER), atau Pembayaran Balik Perbelanjaan Perubatan Pesakit Luar (OMRB) yang disebabkan secara langsung oleh kemalangan sepanjang tempoh Sijil Takaful.

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

 

IKHLAS Immediate Death Expenses Secure Takaful Rider

Pelan Takaful tambahan ini memberi perlindungan kematian yang berlaku ke atas Peserta Takaful dan ahli keluarga (pasangan dan anak-anak) sepanjang tempoh Sijil Takaful.

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

About the author

WAN MD HATTA administrator

Insuran Agent

Leave a Reply