Deklarasi Wakalah

Deklarasi Agen

  • Membantu menyemai rasa tanggungjawab ejenyang terpaksa keluar setiap hari
  • Menyuntik semangat kita bagi terus kekal dalam bisnes ini

Saya menyukai kerjaya takaful:

Melalui takaful

  • Saya mendapat banyak pengalaman
  • Saya menimba banyak ilmu
  • Saya menjalin persahabatan
  • Saya menjadi semakin berani dan yakin

Apabila prospek memarahi ataupun merendahkan saya, saya tidak rasa kecil hati kerana saya faham ini disebabkan oleh kejahilan mereka berkenaan keanjaiban takaful.

Dalam hati, saya berkata, “Saya bersimpati kepada anda dan akan cuba sedaya upaya menyedarkan anda berkenaan kepentingan wang dan bukan hanya takaful”.

Saya percaya sepenuhnya kepada takaful. Ia adalah cara :

  • Paling berkesan
  • Paling ekonomi
  • Paling selamat
  • Paling terjamin

Bagi mewujudkan wang tunai untuk pasangan, anak dan ibu bapa kita.

  • Saya akan menghadapi sebarang masalah dengan senyuman. Saya percaya apabila wujudnya masalah wujud juga jalan penyelesaian. Ini adalah hukum alam semesta.
  • Saya perlu berterima kasih kepada masalah yang saya hadapi kerana saya faham masalah sedemikian memberi saya peluang bagi belajar, berkembang dan menimba pengalaman.
  • Adalah menjadi tugas dan tanggungjawab saya bagi menyampaikan konsep takaful kepada sekurang-kurangnya tiga keluarga setiap hari. Peluang tidak akan  datang kepada mereka yang berpeluk tubuh. Ia cuma boleh dijumpai oleh mereka yang mencari.
  • Saya akan sentiasa mencari peluang. Sekiranya peluang itu tidak wujud saya akan mencipta peluang. Sekiranya saya fikirkan saya boleh, saya memang boleh.

1 Comment so far

HANISPosted on11:03 am - Mar 26, 2012

How the implementation of Al wakalah in the takaful practice in malaysia?

Leave a Reply