Individual Medical Secure Takaful Rider

Pelan rider ini boleh disertakan dengan pelan keluarga individu dengan Sumbangan Takaful berkala. Pelan rider ini menyediakan perlindungan perubatan menyeluruh, dengan membayar semula kepada Peserta Takaful, terhadap perbelanjaan perubatan yang tertanggung yang disebabkan oleh kemasukan ke hospital, pembedahan, atau rawatan perubatan pesakit luar seperti yang dinyatakan di dalam Jadual Manfaat.

Peserta Takaful boleh memilih untuk menyertai di antara sepuluh (10) pelan dengan tahap manfaat-manfaat dan Sumbangan Takaful yang berbeza, yang disediakan di bawah pelan rider ini. Peserta-peserta Takaful mempunyai pilihan untuk menyertai pelan tanpa tunai yang membolehkan kemasukan ke hospital tanpa kesulitan dengan kad perubatan bagi memenuhi perlindungan bersesuaian dengan bajet Peserta Takaful.

Leave a Reply